7 Tips bagaimana nak ajar anak mengaji dengan gembira 😄👇
1.DOA
Sejauh mana @ berapa kali kita berdoa agar Allah permudahkan kita mengajar dan anak belajar AlQuran?
Anak-anak dalam kuasaan Allah, so kepada siapa kita minta utk kita dan anak-anak jadi pencinta AlQuran.
Kita hadirkan pelbagai kemudahan utk anak belajar AlQuran tapi lupa nak doakan diri kita, anak-anak dan keluarga.
Mulai malam ini kita senaraikan apa doa yang kita nak dan mohon pada Allah.
2.BERSAMA-SAMA BUKAN PAKSA
Mak Ayah selalu suruh anak mengaji tapi anak-anak tak nampak contoh tauladan qudwah dari kita. Mak Ayah kena tunjukkan yg kita ni pun suka baca AlQuran. Ajaklah anak-anak bersama-sama mengaji. Anak-anak suka meniru perilaku orang tua.
3.JADIKAN MEMBACA ALQURAN SEBAGAI RUTIN HARIAN KELUARGA
Tetapkan waktu rutin membaca AlQuran bersama-sama setiap hari contoh selepas sholat maghrib.
4.SERONOK BUKAN MONYOK
Anak-anak cepat bosan itu biasa. Mereka suka bermain. Mak ayah kena sesuaikan cara dengan anak-anak.
4-6 tahun kena banyak buat aktiviti yang menyeronokkan. Ingat fokus mereka terhad. Tercetusnya FUN FURQAN. Bermain sambil belajar dan two way communication seperti menyanyi.
5.PUJI BUKAN KEJI
Semasa mengajar banyakkan pujian supaya keep motivated dan dihargai.
Bila anak-anak boleh sebut, kena lah puji dan raikan pencapaian kecil yang diusahakan untuk kejayaan yang besar seterusnya.
Tabung Pujian 😍
6.PENGHARGAAN BUKAN HUKUMAN
Anggaplah bila kita ajak anak mengaji itu satu perjuangan dan ladang pahala amanah yang diberi ganjaran dari Allah.
Beri penghargaan 'reward' sebarang pencapaian tidak terhad pada pencapaian akademik semata.
Hukuman kurang impak.
Ganjaran lebih menarik anak-anak untuk mengaji.
7.GUNAKAN ALAT BANTU MENGAJAR MENGAJI YANG SESUAI.
Pendedahan gadget membuatkan anak susah nak fokus.
So, gunakan ABM yang boleh bantu anak fokus belajar. Pelbagaikan ABM, cara atau kaedah belajar mengaji agar tidak bosan.
Segala usaha Mak Ayah akan dikira sebagai satu amal di sisi Allah swt💓
❣❣❣❣❣
Peringatan buat diri sendiri dan semua.
Mak Ayah belajar untuk ajar anak sendiri moga saham pahala itu berterusan.
Doakan agar Al Quran sentiasa jadi pendamping anak-anak dan rumah meriah dengan bacaan AlQuran.
Semoga bermanfaat ya semua💞💞
Nak ABM anak seronok mengaji?
Boleh hubungi EdukidsbyKakHani di 01169843534.
Atau klik wasap.my/601169843534/anakseronokmengaji