Bismillah,
Tinggal beberapa hari sahaja lagi seisi persekelohan 2018 akan bermula. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak seawal usia 4 tahun pasti tertanya-tanya dan ada juga yang mungkin 'blur' tentang persediaan yang perlu dilakukan untuk anak mereka. Betul tak ? 😅
Disini saya kongsikan sedikit tips & persediaan untuk anak yang boleh dilakukan terutama sekali anak yang berusia 4 @ 5 tahun yang belum pernah ke tadika sebelum ini.
1. Bawa anak bersama semasa seisi pendaftaran.
Bawa mereka bersama semasa kita melakukan pendaftaran supaya mereka mendapat penglaman pertama ke sekolah. Sebut dan ceritakan perkara yang menyeronokkan di sekolah seperti ada buaian, ada banyak toys, ada ramai kawan-kawan, cikgu-cikgu yang sporting & baik.. Hihi.. 😊
2. Tidur awal
Pastikan mereka mendapat rehat yang secukupnya dengan melatih mereka tidur awal. Kanak-kanak memerlukan 9 jam waktu untuk tidur. Jadi jika kita mahukan mereka bagun pada jam 6 @ 7 pagi kita perlu tidurkan meraka pada jam 9 @ 10 malam. Anak yang cukup tidur dan rehat akan lebih mudah bangun pagi dan kurang meragam untuk kesekolah.
3. Kempen
Sebulan sebelum seisi persekolahan Ibu bapa perlu sentiasa berkempen dengan anak dengan memberitahu mereka tentang persekolahan yang menyeronokkan. Kaedah belajar untuk kanak-kanak pada usia 4 tahun adalah bermain sambil belajar. Jadi, beritahu mereka di sekolah ada pelbagai aktiviti menarik seperti bermain playdoh, membuat istana pasir, membuat puzzle,mewarna haiwan di zoo, melukis gambar kesukaan mereka, mengira aiskrim, meniup belon dll. InsyaAllah.. anak yang telah diberitahu secara berulang-ulang oleh ibu bapa mereka tentang alam persekolahan akan lebih mudah menerima dan mereka tidak akan 'culture shock'.
4. Belikan peralatan @ kelengkapan sekolah mereka
Sebelum sekolah bermula, bawa mereka shopping barang-barang sekolah dan minta mereka pilih sendiri barang tersebut. Ini akan membuatkan mereka lebih 'excited' untuk menggunakannya di sekolah. Ibu bapa boleh menerapkan nilai saling membantu dan berkongsi sesama rakan. Beritahu mereka keperluan seperti alat tulis ini boleh memberi ganjaran pahala yang banyak kepada mereka dengan cara memberi pinjam atau berkongsi dengan kawan-kawan di sekolah. Ingatkan juga mereka selepas gunakan atau beri pinjam kepada kawan peralatan tersebut, perlu disimpan dengan elok. Antara perlatan atau keperluan yang boleh dibeli seperti : -
- Beg sekolah (follow facebook.com/qasehjuniormuar untuk beg sekolah PERCUMA)
- Alat tulis
- Botol Air
- Kasut sekolah
- Stokin
- Aksesori tambahan (jam tangan utk lelaki, getah @ sepit rambut comel utk perempuan.. Hihi..)
Ingat, pilihan mereka selalunya ada karakter kartun kegemaran mereka. Jadi, sebagai ibu bapa tidak semuanya boleh dibeli.. ikut 'budget' yang sesuai dan perlu tapis juga ya.. Hihi.. 😊
5. Sediakan bekalan
Ibu bapa yang mempunyai lebih masa dan risaukan pemakanan anak-anak di sekolah boleh menyediakan bekalan untuk mereka. Anak-anak juga akan lebih bersemangat ke sekolah dengan membawa bekal makanan kegemaran atau masakan daripada air tangan ibu mereka. Zaman it sekarang ni banyak idea-idea bento menarik yang para ibu boleh olah sendiri di rumah. Bawa bekal air dari rumah bagi memastikan anak mendapat bekalan air yang secukupnya. Pastikan juga anak-anak mendapat nutrisi yang seimbang 😄.
6. Kenalkan bentuk,abjad, huruf jawi & nombor
Anak-anak yang sudah pernah melihat @ mendengar ibu bapa mereka menyebut pasti mempunyai memori yang disimpan di minda mereka tentang pelbagai bentuk, abjad, huruf jawi & nombor. Mereka akan lebih mudah @ cenderung menerima pembelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Jadi biasakan mereka dengan menampal poster @ menunjuk flash card bentuk, abc.., 123.., alif..ba..ta... Just bagi mereka 'familiar' dengan semua ini. Mereka akan lebih 'excited' dan fokus apabila guru mengajar disekolah dan mereka tidak mudah merasa bosan.
7. Latih mereka ke tandas
Ada segelintir anak-anak yang berusia 4 tahun masih lagi memakai pampers. Hal ini tidak pelik ya. Ibu bapa usah risau. Minta kerjasama guru untuk melatih mereka 'slowly' tidak memakai pampers semasa disekolah. Kebiasaanya anak-anak merasa malu & takut untuk ke tandas. Ibu bapa perlu melatih mereka cara meminta kebenaran kepada guru untuk ke tandas supaya mereka tidak merasa malu.
8. Ambil berat
Ambil berat dengan setiap pengalaman dan perkembangan mereka. Ibu bapa digalakkan bertanya pengalaman mereka setiap kali pulang dari sekolah. Setiap hari pasti ada pengalaman baru yang akan mereka ceritakan. Bertanya pada guru tentang perkembangan anak di sekolah juga perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan anak kita tidak jauh ketinggalan.
9. Hantar mereka dengan iringan doa
Doa ibu bapa adalah doa yang mustajab. Jadi, amalkan berdoa setiap kali menghantar mereka ke sekolah. Ingat, sentuhan ibu bapa juga penting bagi menambahkan 'confident level' mereka. Jadi, sentuh ubun-ubun mereka, peluk dan cium mereka dengan penuh kasih sayang 😄.
10. Vitamin
Beri mereka vitamin @ supplemen yang dapat membantu menguatkan sistem imun mereka. Anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan akan melalui perubahan di persekitaran mereka. Mereka akan lebih terdedah kepada sebarang penyakit. Jadi, amalkan vitamin seperti IGE Cerdas dan vitamin semulajadi yang diformulasikan daripada makanan sunnah iaitu jus harian kanak-kanak seperti Qaseh Junior yang boleh membantu : -
- menguatkan sistem imun
- mencerdaskan minda
- membekalkan tenaga
- menyokong tumbesaran
- membekalkan serat
Semoga tips ini membantu ibu bapa sekalian. Tips ini sekadar pengetahuan & pengalaman saya sahaja. Jika ada tips yang lain boleh kongsikan di ruangan komen 😄.
Silakan share jika bermanfaat 😍.
#kids #parentingtips #tipsanakketadika #anaksihatanakhebat #vitaminanak #qasehjuniormuar
No comments:
Post a Comment