Tuesday, 16 August 2016

Beg Musleh ke IJN

Bismillah 

Pada hari itu segala barang kelengkapan Musleh utk ke IJN telah dimasukkan ke dlm beg. Kami memang telah lama bersedia utk kesana. Malang sekali,  segala persiapan ke IJN itu hanyalah menjadi bualan shj kerana tuan diri Musleh Hannan lebih lebih amat bersedia untuk menuju ke raudahnya. Musleh tidak bersedia ke IJN tetapi Musleh bersedia ke Jannatun  Naim.. Subhanallah.. 

Selepas beberapa hari keberangkatan Musleh, ada org tegur dan berkenan betul dia dgn beg comel Musleh. (Terima kasih Mak Teh Hani Suhaida Sulaiman sudi sponsor beg Musleh). Walaupun warnanya sesuai utk baby girl (sebenarnya design & warna pilihan kami sendiri) tapi minat pula org tu sampai minta izin kpd ummi Musleh utk gunakannya. 

Boleh ke dia nak guna beg Musleh? 
Dia nak gunakan beg comel Musleh?Haishhh!!! Siapa dia?  berani sungguh dia ya πŸ˜—

Saya pun apa lagi terus say 'no way! itu beg Musleh ok'. Then, dia respond katanya nak pakai sebagai tanda ingatan dia kpd bayi comel Musleh. Sedih & sebak pula bila teringat kata katanya. Mulalah fikir betapa teruknya ummi tak benarkan. Fikiran tu sentiasa belegar legar selang beberapa hari ni. 

Subhanallah.. Allah yg Maha Baik ilhamkan saya utk create sesuatu yg dpt mengingatkan Ayahanda Musleh kpd anakandanya, InshaAllah..

Hasilnya tak lah begitu cantik but not bad πŸ˜‰
DIY pencil case utk Ayahanda tercinta Musleh Hannan. Diperbuat drpd kain lebihan bedsheet yg ada kenangan bersama sewaktu kami membelinya. Boleh la masukkan segala stationery Ayahanda semasa di Madrasah nnt 😊

Moga2 dapat menebus beg tersebut & terselit sedikit saham buat ummi.

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad...

Ummi Hannan
14 Zulkaedah 1437H
Mengejar Syurga Allah

4 comments:

  1. Sebak baca posting akak dalam ni. Akak sangat kuat :)
    Cantiknya sangat case tu akak. Pandainya akak buat..nak tempah satu boleh? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat yg manis. Boleh2.. wah ade permintaan boleh jga jdkn side income ni 😍 😘

      Delete
  2. Ehemmm pen AICB tu xdak dalam pakej pencil case kannnnnn muahaha #ituhadiahgraduationsaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. pen & alat tulis hanyalah dipinjam utk tujuan gbr shjπŸ˜‰✌

      Delete

7 TIPS AJAR ANAK MENGAJI DENGAN GEMBIRA

7 Tips bagaimana nak ajar anak mengaji dengan gembira πŸ˜„πŸ‘‡ 1.DOA Sejauh mana @ berapa kali kita berdoa agar Allah pe...