Sunday, 14 August 2016
Mengejar Syurga Allah
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t
Entri ini ditulis selepas 5 hari wildan syurga Muhammad Musleh Hannan meninggalkan dunia yg merupakan tempat persinggahan sementara. Entri ini sebenarnya sebagai tanda peringatan utk diri saya & InsyaAllah, sebagai alternatif utk membina kekuatan diri saya di atas musibah ini 😭😭😭
Syurga itu teramat indah sebab itu nak masuk Syurga perlu diuji. Ada hikmah tersirat yang Allah hadiahkan apabila didatangkan ujian kepada kita. Sabar, ikhlas & redha adalah key point yg harus di tanam sedalam dalamnya di dlm minda & sanubari. Diuji anak sakit dan anak yg baru dilahirkan itu dijemput Illahi.. Allahuakhbar.. siapa yang tak sedih...sedih anak sakit belum terubat lagi tiba-tiba dikejutkan pula dengan berita kehilangan insan comel tersebut di dunia ni. Tiada lagi tangisan dr suara halus itu, tiada lagi rengekan kecil minta ditukar lampin, tiada lagi bau harum bunga syurga, tiada lagi genggaman erat bayi comel. Semuanya tiada lagi.. 😭
Allahuakhbar... Hidup kita adalah susunan dr Allah. Percayalah, Allah susun yg terbaik utk kita. Tak semua orang diuji. Insan terpilih shj dan setiap insan itu berbeza- beza ujiannya. Semuanya Allah hadiahkan mengikut kemampuan kita utk menanggungnya 😭
Key pointnya adalah SABAR, IKHLAS, REDHA dan SYUKUR.. Banyakkan berzikir & sentiasa berdoa.
"Semoga Allah memberi kefahaman dan kesabaran melalui iman dalam mengharungi ujian ini dan semoga ujian ini membawa kami sekeluarga ke syurga kelak untuk bersama wildan syurga Musleh Hannan. Semoga Allah gantikan pula dengan ramai lagi anak-anak dunia untuk mengiringi perjalanan di dunia ini."
Aamiin..
Believe, Allah has a better plans. 😭😂😍
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 TIPS AJAR ANAK MENGAJI DENGAN GEMBIRA
7 Tips bagaimana nak ajar anak mengaji dengan gembira 😄👇 1.DOA Sejauh mana @ berapa kali kita berdoa agar Allah pe...

-
Bismillah, Tinggal beberapa hari sahaja lagi seisi persekelohan 2018 akan bermula. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak seawal usia 4 tahun pa...
-
Jom sama-sama kita review diri kita. Ada tak kita amalkan 20 perkara tersebut. Kalau tak dapat buat 20 perkara sekurang kurangnya kita tak ...
-
Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ib...
No comments:
Post a Comment