Tuesday, 16 August 2016

Buku Rekod Ketua Kelas

Bismillah

Hati bergetar badan pula menggeletar semasa sampainya di foyer  PICU, Hospital Tuanku Ja'afar.  Namun kuteruskan juga mencapai  pintu & masuk ke PICU itu dengan lafaz Bismillah

Ku pandang katil 7, tiada rasa
Ku pandang katil 1, terimbau saat dia disana..
Ku pandang katil 8, terlihat semula babak-babak yg memilukan.. Allahu Rabbi.. seperti ditayangakan satu per satu

Sedih...
Pilu...
Sebak...
Hiba...
Semuanya berkumpul menjadi satu..

Namun begitu,  bagaikan ada kuasa magnet yg menarik kaki ini terus saja melangkah hingga ke destinasinya demi sebuah buku.

Alhamdulillah dah bertukar tangan baby record book ke tangan ummi. Terima kasih semua nurse & doctor  yg menjaga & merawat 'ketua kelas' PICU, Musleh Hannan sepanjang anakanda syurga berada di hospital.
Jazakallahu khoiral jazak. Semoga Allah memberi pahala yg byk kepada semua nurse di situ 😍

Kpd nurse2 &  doctor  kalau nak share pengalaman manis bersama Musleh diblog ini pun sangat dialu-alukan. Nurse2 di PICU gelarkan Musleh sebagai 'ketua kelas' sebab si comel ni la yang paling lama duduk disana. Ala ala mcm 'abg kawasan' 😃. Seronok katanya bermain dgn Musleh sebab baby lain masuk hari ni esk lusa discharge.

Subhanallah.. Maha suci Allah... di PICU, Musleh dijaga rapi oleh nurse. Di dunia barumu, ummi membayangkan yg indah-indah shj. Musleh  yg sihat sedang berlari-lari, bermain riang, bergembira & dijaga rapi oleh sebaik baik penjaga, Allah azza wa jalla.

Semasa di PICU, Musleh sebagai ketua kelas. Di akhirat nanti Musleh yg segak berserban memimpin & menjadi ketua ummi ayah mengiringi kami ke syurga abadi ya sayang.. MashaAllah..

Ummi Hannan
15 Zulkaedah 1437H
Mengejar Syurga Allah


P/s: Sesiapa yg memerlukan khidmat penghantaran (seperti Uber) di sekitar senawang & seremban boleh pm cousin saya fb: Norafidah Othman.

No comments:

Post a Comment

7 TIPS AJAR ANAK MENGAJI DENGAN GEMBIRA

7 Tips bagaimana nak ajar anak mengaji dengan gembira 😄👇 1.DOA Sejauh mana @ berapa kali kita berdoa agar Allah pe...