Rumah yang ada anak-anak kecil mesti macam kapal karam betul tak. Masa cuti sekolah ni lagi la macam kapal pecah karam dilautan.. 😂
Untuk mengelakkan rumah bersepah disini saya share tips untuk menyimpan toys anak-anak. Saya pun baru je buat semalam.. Seharian juga la mengemas.. 😂
1. Go through semua mainan anak-anak. Pilih yang mana masih elok dan boleh digunakan dan yang tak berapa elok tu janganla teragak agak untunk masukkan dalam plastik sampah ye 😂.
2. Tentukan sudut atau ruang yang kita nak letak rak mainan anak-anak.
3. Tentukan berapa banyak bakul / storage box diperlukan dan yang mana satu sesuai untuk setiap mainan.
4. Asingkan mainan anak mengikut kategori seperti puzzle, blok kayu, soft toys, haiwan, orang @ robot, kenderaan, alatan memasak, alatan berperang dsb 😄.
5. Labelkan bakul dan isikan dengan mainan anak-anak bersama mereka. Aktiviti ini digalakkan dilakukan bersama supaya mereka dapat belajar mengemas mainan kegemaran merwka ikut kategori selepas bermain.
6. Siap!
Kalau nak lagi senang beli je drawer dan susun ikut kategori tersebut. Nak lagi cantik drawer ikea.. 😄 atau drawer 4 tier yang tengah ada offer kat giant sekarang.
Selain rumah bertambah kemas, anak-anak juga belajar displin mengemas selepas bermain. Dalam masa yang sama dapat mengenal @ membaca label yang disediakan.
Ok sekian 😊.
No comments:
Post a Comment