Sunday, 24 December 2017

TIPS PERSEDIAAN HANTAR ANAK KE TADIKA

Bismillah,

Tinggal beberapa hari sahaja lagi seisi persekelohan 2018 akan bermula. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak seawal usia 4 tahun pasti tertanya-tanya dan ada juga yang mungkin 'blur' tentang persediaan yang perlu dilakukan untuk anak mereka.  Betul tak ? 😅

Disini saya kongsikan sedikit tips & persediaan untuk anak yang boleh dilakukan terutama sekali anak yang berusia 4 @ 5 tahun yang belum pernah ke tadika sebelum ini.

1Bawa anak bersama semasa seisi pendaftaran.

Bawa mereka bersama semasa kita melakukan pendaftaran supaya mereka mendapat penglaman pertama ke sekolah. Sebut dan ceritakan perkara yang menyeronokkan di sekolah seperti ada buaian, ada banyak toys, ada ramai kawan-kawan, cikgu-cikgu yang sporting & baik.. Hihi.. 😊

2Tidur awal

Pastikan mereka mendapat rehat yang secukupnya dengan melatih mereka tidur awal. Kanak-kanak memerlukan 9 jam waktu untuk tidur. Jadi jika kita mahukan mereka bagun pada jam 6 @ 7 pagi kita perlu tidurkan meraka pada jam 9 @ 10 malam. Anak yang cukup tidur dan rehat akan lebih mudah bangun pagi dan kurang meragam untuk kesekolah.

3Kempen

Sebulan sebelum seisi persekolahan Ibu bapa perlu sentiasa berkempen dengan anak dengan memberitahu mereka tentang  persekolahan yang menyeronokkan. Kaedah belajar untuk kanak-kanak pada usia 4 tahun adalah bermain sambil belajar. Jadi, beritahu mereka di sekolah ada pelbagai aktiviti menarik seperti bermain playdoh, membuat istana pasir, membuat puzzle,mewarna haiwan di zoo, melukis gambar kesukaan mereka, mengira aiskrim, meniup belon dll. InsyaAllah.. anak yang telah diberitahu secara berulang-ulang oleh ibu bapa mereka tentang alam persekolahan akan lebih mudah menerima dan mereka tidak akan 'culture shock'.

4Belikan peralatan @ kelengkapan sekolah mereka

Sebelum sekolah bermula, bawa mereka shopping barang-barang sekolah dan minta mereka pilih sendiri barang tersebut. Ini akan membuatkan mereka lebih 'excited' untuk menggunakannya di sekolah. Ibu bapa boleh menerapkan nilai saling membantu dan berkongsi sesama rakan.  Beritahu mereka keperluan seperti alat tulis ini  boleh memberi ganjaran pahala yang banyak kepada mereka dengan cara memberi pinjam atau berkongsi dengan kawan-kawan di sekolah. Ingatkan juga mereka selepas gunakan atau beri pinjam kepada kawan peralatan tersebut, perlu disimpan dengan elok. Antara perlatan atau keperluan yang boleh dibeli seperti : -

- Beg sekolah (follow  facebook.com/qasehjuniormuar untuk beg sekolah PERCUMA)
- Alat tulis
- Botol Air
- Kasut sekolah
- Stokin 
- Aksesori tambahan (jam tangan utk lelaki,  getah @ sepit rambut comel utk perempuan.. Hihi..)

Ingat,  pilihan mereka selalunya ada karakter kartun kegemaran mereka. Jadi,  sebagai ibu bapa tidak semuanya boleh dibeli.. ikut 'budget' yang sesuai dan perlu tapis juga ya.. Hihi.. 😊

5. Sediakan bekalan

Ibu bapa yang mempunyai lebih masa dan risaukan pemakanan anak-anak di sekolah boleh menyediakan bekalan untuk mereka. Anak-anak juga akan lebih bersemangat ke sekolah dengan membawa bekal makanan kegemaran atau masakan daripada air tangan ibu mereka. Zaman it sekarang ni banyak idea-idea  bento menarik yang para ibu boleh olah sendiri di rumah. Bawa bekal air dari rumah bagi memastikan anak mendapat bekalan air yang secukupnya. Pastikan juga anak-anak mendapat nutrisi yang seimbang 😄.

6. Kenalkan bentuk,abjad, huruf jawi & nombor

Anak-anak yang sudah pernah melihat @ mendengar ibu bapa mereka menyebut pasti mempunyai memori yang disimpan di minda mereka tentang pelbagai bentuk, abjad, huruf jawi & nombor. Mereka akan lebih mudah @ cenderung menerima pembelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. Jadi biasakan mereka dengan menampal poster @ menunjuk flash card bentuk, abc.., 123.., alif..ba..ta... Just bagi mereka 'familiar' dengan semua ini.  Mereka akan lebih 'excited' dan fokus apabila guru mengajar disekolah dan mereka tidak mudah merasa bosan.

7.  Latih mereka ke tandas

Ada segelintir anak-anak yang berusia 4 tahun masih lagi memakai pampers. Hal ini tidak pelik ya. Ibu bapa usah risau. Minta kerjasama guru untuk melatih mereka 'slowly' tidak memakai pampers semasa disekolah. Kebiasaanya anak-anak merasa malu & takut untuk ke tandas.  Ibu bapa perlu melatih mereka cara meminta kebenaran kepada  guru untuk ke tandas supaya mereka tidak merasa malu.

8. Ambil berat

Ambil berat dengan setiap pengalaman dan perkembangan mereka. Ibu bapa digalakkan bertanya pengalaman mereka setiap kali pulang dari sekolah. Setiap hari pasti ada pengalaman baru yang akan mereka ceritakan. Bertanya pada guru tentang perkembangan anak di sekolah juga perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan anak kita tidak jauh ketinggalan.

9. Hantar mereka dengan iringan doa

Doa ibu bapa adalah doa yang mustajab. Jadi, amalkan berdoa  setiap kali menghantar mereka ke sekolah. Ingat, sentuhan ibu bapa juga penting bagi menambahkan 'confident level' mereka. Jadi, sentuh ubun-ubun mereka, peluk dan cium  mereka dengan penuh kasih sayang 😄.

10Vitamin

Beri mereka vitamin @ supplemen yang dapat membantu menguatkan sistem imun mereka. Anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan akan melalui perubahan di persekitaran mereka. Mereka akan lebih terdedah kepada sebarang penyakit. Jadi, amalkan vitamin seperti IGE Cerdas dan vitamin semulajadi yang diformulasikan daripada  makanan sunnah iaitu jus harian kanak-kanak seperti Qaseh Junior yang boleh membantu : -

menguatkan sistem imun
- mencerdaskan minda
- membekalkan tenaga
- menyokong tumbesaran
- membekalkan serat

Semoga tips ini membantu ibu bapa sekalian. Tips ini sekadar pengetahuan & pengalaman saya sahaja. Jika ada tips yang lain boleh kongsikan di ruangan komen 😄.

Silakan share jika bermanfaat 😍.

#kids #parentingtips #tipsanakketadika #anaksihatanakhebat #vitaminanak #qasehjuniormuar









Saturday, 16 December 2017

TIPS MENYIMPAN TOYS ANAK BAGI MENGELAKKAN RUMAH BERSEPAH

Rumah yang ada anak-anak kecil mesti macam kapal karam betul tak. Masa cuti sekolah ni lagi la macam kapal pecah  karam dilautan.. 😂

Untuk mengelakkan rumah bersepah disini saya share tips untuk menyimpan toys anak-anak. Saya pun baru je buat semalam.. Seharian juga la mengemas.. 😂

1. Go through semua mainan anak-anak. Pilih yang mana masih elok dan boleh digunakan dan yang tak berapa elok tu janganla teragak agak untunk masukkan dalam plastik sampah ye 😂.

2. Tentukan sudut atau ruang yang kita nak letak rak mainan anak-anak.

3. Tentukan berapa banyak bakul / storage box diperlukan dan yang mana satu sesuai untuk setiap mainan.

4. Asingkan mainan anak mengikut kategori seperti puzzle, blok kayu, soft toys, haiwan, orang @ robot, kenderaan, alatan memasak, alatan berperang dsb 😄.

5. Labelkan bakul dan isikan dengan mainan anak-anak bersama mereka. Aktiviti ini digalakkan dilakukan bersama supaya mereka dapat belajar mengemas mainan kegemaran merwka  ikut kategori selepas bermain.

6.  Siap!

Kalau nak lagi senang beli je drawer dan susun ikut kategori tersebut. Nak lagi cantik drawer ikea.. 😄 atau drawer 4 tier yang tengah ada offer kat giant sekarang.

Selain rumah bertambah kemas, anak-anak juga belajar displin mengemas selepas bermain. Dalam masa yang sama dapat mengenal @ membaca label yang disediakan.

Ok sekian 😊.


Wednesday, 23 August 2017

MENGHINDARI ANCAMAN PENYAKIT DENGAN GIZI SEIMBANG

Assalamualaikum & selamat pagi

Ibu-ibu pasti sering ditanya;
◾ Kenapa banyak ambil cuti jaga anak sakit
◾ Kenapa anak sering sakit

Pasti ibu-ibu perlu hadapi soalan seperti; 
◾ Anak awak ambil imunisasi?  
◾ Lengkap tak imunisasi yang diambil?

Penat ya nak jawab soalan begini. Tenang ya ibu-ibu sekalian.

Ibu-ibu,

Faktor utama yang menyebabkan seorang anak mudah diserang penyakit adalah daya tahan tubuh anak yang belum optimal. Selain itu, faktor kebersihan persekitaran dan pemakanan juga mempengaruhi kesihatan anak.

Anak-anak kita sedang membina daya tahan tubuh mereka. Pola makan yang sihat dan  pemakanan yang mengandungi #gizi seimbang akan membuat anak-anak terhindar daripada berbagai ancaman penyakit.

Gizi seimbang adalah gizi yang sesuai dengan keperluan tubuh dan diperoleh melalui makanan sehari-hari sehingga tubuh berasa aktif dan sihat. Gizi seimbang boleh dipenuhi dengan mengambil beberapa kumpulan makanan. Misalnya kumpulan makanan seperti beras, makaroni, tepung beras, kacang hijau, jagung dan sebagainya.

Kumpulan tersebut perlu ditambah dengan sumber protein yang boleh didapati daripada susu, daging, ikan, ayam, keju dan sebagainya. Sumber vitamin dan mineral juga perlu bagi memenuhi keperluan gizi. Contohnya sayur-sayuran seperti bayam dan buah-buahan seperti betik, jambu, limau, pisang dan tembikai.

Jadi, ibu-ibu harus melengkapkan menu makan anak dengan menu makan yang sihat & sempurna. Semakin baik pengambilan gizi untuk anak maka pertumbuhan dan perkembangan anak tidak akan terganggu oleh infeksi virus penyakit.

Ibu-ibu juga boleh menjadikan #makanan sunnah seperti madu, kurma, kismis dan buah tiin sebagai amalan pemakanan anak-anak. Kebaikan makanan sunnah memang tidak dapat disangkal lagi. Ibu - ibu pasti amat sinonim dengan #madu 🐝. Madu sangat kaya dengan vitamin & mineral untuk #menyokong sistem tubuh yang sihat. Ia terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & meningkatkan tenaga. Madu ini bercirikan anti bakteria, antioksidan & anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.

Ibu-ibu,

😢 Terasa sukar menyuapkan gizi seimbang kepada anak?
😢 Terasa sukar menjadikan makanan sunnah sebagai amalan harian?

Semuanya mudah bagi ibu dengan adanya #vitamin semulajadi seperti #Qaseh Junior. Ibu-ibu juga boleh menjadikan kapten Qaseh Junior sebagai motivasi superhero kepada anak anda supaya sihat dan terus sihat.

Anak sihat, anak hebat 😄

Wednesday, 16 August 2017

VITAMIN SEMULAJADI IBU HAMIL ~ QASEH GOLD ADINDA


Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini saya menerima berita gembira daripada seorang kenalan bahawa keluaganya bakal menerima ahli baru dalam lapan ke tujuh bulan lagi. Alhamdulillah.. Syukur..seronok rasanya 😄 . Maka tanpa melengahkan masa si ibu yang mengalami 'morning sickness' pun  terus sambar Qaseh Adinda untuk keperluannya dan juga bayi dalam kandungan. Qaseh, VITAMIN SEMULAJADI ibu hamil banyak manfaatnya.

Ramai yang bertanya kepada saya. Adakah Qaseh Adinda boleh diamalkan oleh ibu yang hamil. 

Tiada masalah untuk amalkan Qaseh Adinda. Malahan untuk ikhtiar hamil juga boleh mengamalkannya kerana ia mengandungi kandungan makanan-makanan sunnah yang mana memberikan memberikan tenaga dan khasiat yang baik kepada perkembangan janin.

Oleh kerana dalam fasa kehamilan ibu-ibu kadangkala mengalami masalah kekejangan otot, kurang selera makan, alahan dan sebagainya. Qaseh Adinda dapat mengurangkan serta memberikan tenaga tambahan kepada ibu-ibu yang hamil.

Kandungan kurma itu sendiri kita tahu bagaimana khasiatnya memberi tenaga dalam kadar yang cepat. Ibu yang alahan in shaa Allah tidak akan terlalu kepenatan untuk menghadapi alahan dan rutin harian.

Antara manfaatnya

1. IBU MENGANDUNG

Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahayamataMencegah dati rasa mual ketika hamil

2. ANAK DALAM KANDUNGAN

Mencegah dari pelbagai penyakit kerana antibiotik dalam madu dapat membunut kuman 
Kandungan zat galian dalam madu dapat membantu dan menguatkan janin serta menjadikan kulit bersih sihat dengan terdapatnya vitamin C  dalam masu asli.

Dapat membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janinPenyakit Hepatitis D yang biasa menyerang bayi dapat dielakkan dengan amalan madu oleh para ibu.

3. KHASIAT KEPADA BAYI SETELAH BERSALIN

Zat yang diterima oleh ibu melalui Qaseh Adinda sekaligus bayi mendapat khasiat yang sama melalui susu ibu.

4. KHASIAT KEPADA IBU SETELAH MELAHIRKAN

Ia mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman (rahim)Batu merian cepat kecutMembantu mengurangkan dan mengawal kolestrol -Mambantu menstabilkan emosi (kerisauan, kemurungan, tekanan)Memberi tenaga segera - Di dalam madu mempunyai antibakteria semula jadi, vitamin C dan bahan yang mampu meransang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak.Melancarkan perjalanan darahMengelakkan sembelit (sembelit waktu berpantang sememangnya menyeksakan. Silap haribulan jahitan mungkin tertetas)

Nak tips pemakanan sihat ?

Follow fb Healthy with sunnah food
Follow insta Vitamin ibu hamil

Klik wasap.my/0192254365 utk sebarang info.

7 TIPS AJAR ANAK MENGAJI DENGAN GEMBIRA

7 Tips bagaimana nak ajar anak mengaji dengan gembira 😄👇 1.DOA Sejauh mana @ berapa kali kita berdoa agar Allah pe...