Tuesday, 16 August 2016

Buku Rekod Ketua Kelas

Bismillah

Hati bergetar badan pula menggeletar semasa sampainya di foyer  PICU, Hospital Tuanku Ja'afar.  Namun kuteruskan juga mencapai  pintu & masuk ke PICU itu dengan lafaz Bismillah

Ku pandang katil 7, tiada rasa
Ku pandang katil 1, terimbau saat dia disana..
Ku pandang katil 8, terlihat semula babak-babak yg memilukan.. Allahu Rabbi.. seperti ditayangakan satu per satu

Sedih...
Pilu...
Sebak...
Hiba...
Semuanya berkumpul menjadi satu..

Namun begitu,  bagaikan ada kuasa magnet yg menarik kaki ini terus saja melangkah hingga ke destinasinya demi sebuah buku.

Alhamdulillah dah bertukar tangan baby record book ke tangan ummi. Terima kasih semua nurse & doctor  yg menjaga & merawat 'ketua kelas' PICU, Musleh Hannan sepanjang anakanda syurga berada di hospital.
Jazakallahu khoiral jazak. Semoga Allah memberi pahala yg byk kepada semua nurse di situ 😍

Kpd nurse2 &  doctor  kalau nak share pengalaman manis bersama Musleh diblog ini pun sangat dialu-alukan. Nurse2 di PICU gelarkan Musleh sebagai 'ketua kelas' sebab si comel ni la yang paling lama duduk disana. Ala ala mcm 'abg kawasan' 😃. Seronok katanya bermain dgn Musleh sebab baby lain masuk hari ni esk lusa discharge.

Subhanallah.. Maha suci Allah... di PICU, Musleh dijaga rapi oleh nurse. Di dunia barumu, ummi membayangkan yg indah-indah shj. Musleh  yg sihat sedang berlari-lari, bermain riang, bergembira & dijaga rapi oleh sebaik baik penjaga, Allah azza wa jalla.

Semasa di PICU, Musleh sebagai ketua kelas. Di akhirat nanti Musleh yg segak berserban memimpin & menjadi ketua ummi ayah mengiringi kami ke syurga abadi ya sayang.. MashaAllah..

Ummi Hannan
15 Zulkaedah 1437H
Mengejar Syurga Allah


P/s: Sesiapa yg memerlukan khidmat penghantaran (seperti Uber) di sekitar senawang & seremban boleh pm cousin saya fb: Norafidah Othman.

Beg Musleh ke IJN

Bismillah 

Pada hari itu segala barang kelengkapan Musleh utk ke IJN telah dimasukkan ke dlm beg. Kami memang telah lama bersedia utk kesana. Malang sekali,  segala persiapan ke IJN itu hanyalah menjadi bualan shj kerana tuan diri Musleh Hannan lebih lebih amat bersedia untuk menuju ke raudahnya. Musleh tidak bersedia ke IJN tetapi Musleh bersedia ke Jannatun  Naim.. Subhanallah.. 

Selepas beberapa hari keberangkatan Musleh, ada org tegur dan berkenan betul dia dgn beg comel Musleh. (Terima kasih Mak Teh Hani Suhaida Sulaiman sudi sponsor beg Musleh). Walaupun warnanya sesuai utk baby girl (sebenarnya design & warna pilihan kami sendiri) tapi minat pula org tu sampai minta izin kpd ummi Musleh utk gunakannya. 

Boleh ke dia nak guna beg Musleh? 
Dia nak gunakan beg comel Musleh?Haishhh!!! Siapa dia?  berani sungguh dia ya 😗

Saya pun apa lagi terus say 'no way! itu beg Musleh ok'. Then, dia respond katanya nak pakai sebagai tanda ingatan dia kpd bayi comel Musleh. Sedih & sebak pula bila teringat kata katanya. Mulalah fikir betapa teruknya ummi tak benarkan. Fikiran tu sentiasa belegar legar selang beberapa hari ni. 

Subhanallah.. Allah yg Maha Baik ilhamkan saya utk create sesuatu yg dpt mengingatkan Ayahanda Musleh kpd anakandanya, InshaAllah..

Hasilnya tak lah begitu cantik but not bad 😉
DIY pencil case utk Ayahanda tercinta Musleh Hannan. Diperbuat drpd kain lebihan bedsheet yg ada kenangan bersama sewaktu kami membelinya. Boleh la masukkan segala stationery Ayahanda semasa di Madrasah nnt 😊

Moga2 dapat menebus beg tersebut & terselit sedikit saham buat ummi.

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad...

Ummi Hannan
14 Zulkaedah 1437H
Mengejar Syurga Allah

Monday, 15 August 2016

Kisah Anak-Anak di Syurga

Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)


Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)


Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.


Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.


Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?", dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"


Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.


Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.



Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)


Ummi Hannan
13 Zulkaedah 1437H
Mengejar Syurga Allah

Sunday, 14 August 2016

20 Perkara Membawa ke Syurga

Jom sama-sama kita review diri kita. Ada tak kita amalkan 20 perkara tersebut. Kalau tak dapat buat 20 perkara sekurang kurangnya kita tak tinggalkan 20 perkara 😍

 
Jemput review & share ✌

Mengejar Syurga Allah


Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t

Entri ini ditulis selepas 5 hari wildan syurga Muhammad Musleh Hannan meninggalkan dunia yg merupakan tempat persinggahan sementara. Entri ini sebenarnya sebagai tanda peringatan utk diri saya & InsyaAllah, sebagai alternatif utk membina kekuatan diri saya di atas musibah ini 😭😭😭

Syurga itu teramat indah sebab itu nak masuk Syurga perlu diuji. Ada hikmah tersirat yang Allah hadiahkan apabila didatangkan ujian kepada kita. Sabar, ikhlas & redha adalah key point yg harus di tanam sedalam dalamnya di dlm minda & sanubari. Diuji anak sakit dan anak yg baru dilahirkan itu dijemput Illahi.. Allahuakhbar.. siapa yang tak sedih...sedih anak sakit belum terubat lagi tiba-tiba dikejutkan pula dengan berita kehilangan insan comel tersebut di dunia ni. Tiada lagi tangisan dr suara halus itu, tiada lagi rengekan kecil minta ditukar lampin, tiada lagi bau harum bunga syurga, tiada lagi genggaman erat bayi comel. Semuanya tiada lagi.. 😭

Allahuakhbar... Hidup kita adalah susunan dr Allah. Percayalah, Allah susun yg terbaik utk kita. Tak semua orang diuji. Insan terpilih shj dan setiap insan itu berbeza- beza ujiannya. Semuanya Allah hadiahkan mengikut kemampuan kita utk menanggungnya 😭

Key pointnya adalah SABAR, IKHLAS, REDHA dan SYUKUR.. Banyakkan berzikir & sentiasa berdoa.

"Semoga Allah memberi kefahaman dan kesabaran melalui iman dalam mengharungi ujian ini dan semoga ujian ini membawa kami sekeluarga ke syurga kelak untuk bersama wildan syurga Musleh Hannan. Semoga Allah gantikan pula dengan ramai lagi anak-anak dunia untuk mengiringi perjalanan di dunia ini."


Aamiin..


Believe, Allah has a better plans. 😭😂😍


7 TIPS AJAR ANAK MENGAJI DENGAN GEMBIRA

7 Tips bagaimana nak ajar anak mengaji dengan gembira 😄👇 1.DOA Sejauh mana @ berapa kali kita berdoa agar Allah pe...